Proses

PROSES PENGURUSAN KONTRAK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

1. Perbincangan mengenai nilai projek dan keluasan rumah yang dikehendaki tuan rumah 

2. Penerangan tentang proses pengurusan pinjaman peribadi atau pinjaman kerajaan

3. Mengisi borang permohonan dan pembayaran deposit sebanyak 3,000.00

4. Penyediaan perjanjian kontrak membina rumah oleh pihak peguam

5. Proses menandatangani perjanjian di antara tuan tanah dan syarikat

6. Tuan tanah perlu membayar 10% selepas selesai tandatangan perjanjian

7. Penyediaan pelan tapak dan bangunan dan permohonan kelulusan pelan daripada Majlis Perbandaran Temerloh.

8. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan selama 2 hingga 3 bulan tertakluk kepada keluasan rumah yang dibina.

9. Rebat tunai bulanan akan dibayar selepas kerja-kerja pembinaan selesai dan baki bayaran telah dilunaskan oleh tuan tanah.

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

2.1 Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan
2.2 Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.
2.3 Permohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri
2.4 Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan.
2.5 Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa: Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.
2.6 Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman
2.7 Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan ( Kawalan dan Perlesenan ) 1989 

JADUAL PEMBAYARAN AKAN DILAMPIRKAN DI DALAM PERJANJIAN /KONTRAK


Peratusan
1.
Selepas sahaja menandatangani perjanjian tersebut
10%
2.
Selepas selesai kerja-kerja tanah
30%
3.
Selepas selesai 50% kerja-kerja pembinaan
30%
4.
Selepas selesai keseluruhan kerja-kerja pembinaan
30%

JUMLAH
100%

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PENYEDIAAN KONTRAK PERJANJIAN DAN PENYEDIAAN PELAN RUMAH

1.Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Geran Tanah
3. Resit Cukai Tanah Tahun Semasa

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Slip Gaji Untuk 3 Bulan
3. Pengesahan Majikan
4. Salinan Penyata KWSP
5. Penyata Bank Selama 3 Bulan 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS