Soalan Lazim

1. BERAPAKAH NILAI MINIMUN RUMAH YANG BOLEH SAYA BINA?

Nilai minimun rumah bagi skim ini ialah RM 100,000.00

2. APAKAH KELUASAN MINIMUN RUMAH YANG BOLEH DIBINA?
Keluasan minimun adalah 900 kaki persegi 

3. BERAPA LAMAKAH PROSES MEMBINA RUMAH DIJALANKAN
Tempoh pembinaan bergantung kepada keluasan rumah dan kelulusan pelan oleh Majlis Perbandaran Temerloh.

4. BERAPA LAMAKAH PINJAMAN SAYA DILULUSKAN
Bagi pinjaman peribadi, kelulusan kakitangan kerajaan adalah segera dalam tempoh 3  hari  bekerja sahaja dan kakitangan swasta mengambil masa lebih kurang 1 minggu. bagi pinjaman kerajaan pula mengambil masa 21 hari bekerja dan tertakluk kepada kelulusan pelan bangunan. (pelanggan digalakkan memohon pinjaman peribadi bagi mempercepatkan proses pembinaan rumah)

5. SIAPAKAH YANG AKAN MEMBAYAR REBAT TUNAI TERSEBUT?
Pihak syarikat akan membayar rebat atau ganjaran tunai secara bulanan terus ke akaun anda mengikut jumlah dan tempoh yang dipersetujui di dalam perjanjian dan
mengikut nilai kontrak.

6. BAGAIMANA DENGAN YURAN GUAMAN 
Yuran guaman ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat

7. BAGAIMANA PULA DENGAN PROSES PENYEDIAAN PELAN BANGUNAN?
Pihak syarikat akan menguruskan penyediaan pelan bangunan mengikut saiz dan kedudukan yang dikehendaki oleh pihak tuan dan dengan persetujuan bersama. Pihak syarikat akan menanggung kos melukis pelan ( architect fee) dan kos permohonan kelulusan pelan.

8. BOLEHKAH SAYA MEMBINA RUMAH SEPERTI DESIGN DI DALAM BROCHURE.
Boleh, tetapi kos adalah fleksibel bergantung kepada material yang dipilih dan keluasan rumah, gambar di dalam brochure adalah ilustrasi sahaja dan merupakan rekabentuk terkini yang disediakan oleh syarikat kami.

9. BOLEHKAH SAYA MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH IBUBAPA / ADIK BERADIK?
Boleh sekiranya tuan mengambil pinjaman peribadi. Bagi pinjaman kerajaan, tanah mestilah di atas nama permohon pinjaman sahaja.

10. DIMANAKAH LOKASI RUMAH YANG BOLEH DIBINA?
Buat masa sekarang, syarikat kami menumpukan pembinaan di dalam negeri  Pahang sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS